aku

aku

Tuesday 28 July 2015

Assalammualaikum dan salam syawal...
Fuhhh...
huk...huk...
debu dan berhabuk blog ni...
lama sgt tak merapu dan meraban dalam nih...
.******************.
hye everybody...
nothing much i wanna to say.. 
just want to wish u "selamat hari raya aidilfitri".

**************
This is my first year celebrate raya as a wife...
whatt????!!..
Wife???
Oh... oke.. forgot to tell u guys.. 
im married!!!!!!!!!
☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Oke..alhamdulillah... im officially a wife to a great husband Jamalani Bin Ibrahim..
03.06.2015

Two weeks b4 we celebrate Ramadhan..
thats y im so bz..
handling my new life.. smpai xdan nk tgk blog nih..
Hee..
*******************
nothing much to say..
ALHAMDULILLAH is big word left..
after a year we know each other..
Yeahh...dating sometimes when im going back to sg petani bcoz am working at kelantan.. 
knowing a cool hearted guy.. 
a widower with one daughter..
make me become more stronger.. 
to become a lady.  Who accept people.. understand their feelings..attitude.. to share the love and happiness in this temporary world...  
and the most important thing is... i realized that i should be real... 
because the real life is not like "akasia drama" tv3..  hahaha
its all fairy tale..
At the end i realized... a man with responsibility..commitment.. passions and love in their own way is what i should go after..
Hee
againn...alhamdulillah..
we've gone throught it..
a tough moment when i dont know either we'll get married one day...
what i do is...

aku cuma bertahan atas dasar sayang dan ikhlas..
juga percaya bahawa Allah maha memperkenankan doa...
"Ya Allah izinkanlah kasih ini bersatu di dunia dan hingga syurgamu..ya Allah jika rasa yang kau hadirkan ini datangnya dariMu..jadikan ia rasa yang halal bagiku dgn menyanyangi seorang suami..peliharalah rasa ini agar tidak menjadi dosa dan fitnah bagiku".
Alhamdulillah Allah perkenankan doaku dgn mengizinkan pernikahan ini..

☺☺☺☺☺

A simple wedding reception...
a suprise b4 solemnization..
Nikmat Allah yang tidak ternilai...
Dan sekarang aku percaya dan yakin benar
"Every clouds have a silver lining"
Kerana selepas segala kesusahan yang kini aku rasa hanya ketenangan...☺

**************
dear husband...
tq and i love u..

Moga Allah merahmati ikatan ini hingga ke syurga..

P/s: pada anda diluar sana yang belum bertemu jodoh.. pesanku cuma 1.. doa dan yakin..
Allah nak bagi yang elok sbb tu dia bg lambat sikit.. 
Ikhlaslah dalam menyayangi.. usah gusar dan fikir akan dikhianati...
percaya Allah itu ada.. saat kau rasa gusar katakan pada hati..lillahitaala ak syg dia dan ikhlas.. jadi mengapa perlu gusar dan mengungkit.. 
Relax.. enjoy...
feel all the feeling...
one day you know what is hidden behind..

Gud luck..
Moga Allah memperkenankan doa2ku dan kalian.. 

See yaa...

Saturday 17 January 2015

kerana kurangnya aku??

Bismillah...
aku cinta padamu..

masih tidak cukup bagi mu??
perlu apa lagi??
disoal perkara depan yang xpasti?
bagaimana aku jika nanti?
adakah aku akan begini?
adakah aku akan begitu?

sayangku...
usah disoal tingginya sayang...
usah ditanya teguhnya rasa..
kerana 
lillahitaala aku benar cinta..

tak usah kau sanjung aku lebih dari DIA..
tidak perlu kau tatap ku tiap masa...
tidak ku mahu kau ucap tiap ketika..
cukuplah sayang.. hargai aku sedanya atas nama manusia...
kerana aku manusia,,,
hati kecil yang mudah terasa...
tambah pula aku wanita...
nipisnya hati tak usah dikata...
aku boleh faham jika kau bicara...
kerana aku bukan nujum bijak tafsir tanpa kau kata...

sayangku..
tidak aku minta istana..
tidak ku mahu singgahsana...
cukuplah pejam dan buka mata...
kau ada depan mata...

sayangku..
aku juga punya hati dan tahu diri..
telah ku timbang segala segi..
sebelum hati rela diberi...
tolong jaganya jangan tersakiti...
 telah ku ikrar dalam diri...
apa milikmu baik dan sebaliknya...
lillahitaala akan aku jaganya...

tetapi sayangku...
mengapa?
kerana aku adalah aku?
kerana aku tak punya rupa maka diamkan aku?
kerana aku tiada harta maka kau diamkan aku?
kerana itu maka kau diam xbicara dan usaha?

kerana aku xada rupa seperti dia?
maka kau tangguhkan segala rasa dan usaha?
atau kau punya pilihan yang lebih bisa membahagia?
atau aku hanya angin yang berhembus dan hanya menyapa?

 wallahi..
aku hanya ingin hadir untuk menenangkan..
andai kau rasa terbeban...
tlg maafkan..
jgn kau diam xberulah..
kelak aku rasa bersalah...

hadir tanpa memberi bahagia dan tenang..
sedangkan impiku untuk kau dan aku bersama dan tenang..
bahagia dalam redhaNya bersama mereka yang kau sayang..

#akma
#180115


Tuesday 16 December 2014

:: Buatmu sayang::

#Pesan buatmu sayang#

Wahai sayangku...
Bila kita berbicara tanpa hati,
yg hadir cuma kelongsong tanpa isi...
Bila kita cube sembunyi,
kemana pun tak boleh lari,
kerana ada hati yg mencari...
Bila kita tersenyum mata boleh kata bahagia tpi hati tak dpt kita bohongi..
Bila kita menangis mungkin terasa sgt sendiri2 tpi kita lupe ada hati yg sudi berkongsi...

Hidup ini ALLAH kurniakn dugaan utk kita belajar redha dan pasrah.
ALLAH kurniakn ujian untk kita cari kelebìhan dan kesabaran.
ALLAH hancurkan hati dan perasaan sebab ALLAH nak ganti dgn kasìh sayang yg sgat lumayan...

Jadi bila ALLAH takdirkan apapn sebenarnya ada hadiah yg ALLAH simpan.
Cukup masa ALLAH akn kurniakan tanpa kita duga tanpa kita sangka...

Subhanallah.

Hadirmu juga satu nikmat bagiku... 
hadirnya rasa yang xpernah ku duga..
xperlu kau sanjung aku lebih dari DIA... 
kerana aku harap kita bersama di dalam syurgaNya... 

Cukuplah sayang sebut namaku dlm doa2 mu... 
hargai aku seadanya atas nama seorang manusia.. 
Moga nnt segala Allah yang bisa beri setakat mana haknya kita...
Jgn tanya setinggi mana rasa..
 apa yg boleh ku kata... 
kau takluki segala...
 tapi xlebih dari DIA... 
kerna DIA segalanya maha anugerah segala nikmat...

Aku xpunya apa hanya hati sekecil genggam.. 
dan itu semua kau punya selepas aku beri pada DIA...

#akma

:: Aku rasa kau dengan hati ::

Seringkali dengar ucapan si pujangga cinta...
Kata mereka " cinta yang datang dari pandangan mata seringkali berakhir dengan air mata, tetapi cinta yang datang dari hati In Shaa Allah sampai mati"

aku rasa kau dengan hati... kerana ingin cinta sampai mati...
aku xmelihat kau dengan mata... takot aku nanti terluka...

tetapi kau???

aku tidak minta disanjung tinggi lebih dari DIA..
kerna mana mungkin hamba seperti aku lebih gah dariNYA...

aku tidak minta perhatian tiap ketika...
kerna mana mungkin hidup akan terbina dengan hanya bertentang mata...

aku tidak minta harta semewah istana..
kerna aku xmahu lemas atas singgahsana...

cukuplah sayang...sekadar ingat aku dalam doa...
pertahankan kasih dan cinta..
moga kasih bertaut didunia
dan  hendaknya hingga syurga...

cukuplah sayang... ingat aku dalam doa...
agar bisa tenang kita bersama...
moga bahagia milik kita..
kerna lillahitaala aku benar cinta...

aku rasa kau dengan hati...
bila kau sulit aku juga sakit sekali..
kerna aku rasa kau dengan hati...
aku cuba selami apa yang tersembunyi...

kerana aku rasa kau dengan hati..
pesanku padamu jangan lupa diri..
jaga iman dan jaga hati..
agar terkesan lekuk syg di hati..

syg,,,saat kau hilang arah tidak tahu mana nak pergi..
dongak kelangit dan katakan pada diri...
DIA ada sentiasa memerhati...
dan aku akan sentiasa ada untuk mengubati..

In Shaa Allah

~kerana aku rasa kau dengan hati~

#muzaitulakma

Thursday 13 November 2014

Jangan Terlalu Megah Jadi Manusia

Assalammualaikum..
Salam Jumaat..
Have a great and a nice day guys...

Jangan Terlalu Megah Jadi Manusia..
Satu Nota yang ingin ku coretkan setelah melihat beberapa keping gambar di laman sosial tentang penemuan mayat bertatu yang tersangkut pukat nelayan..
Bukan untuk mengaibkan apatah lagi untuk merungkaikan akan dosa2 si mati... kerana siapakah aku untuk menilai?
si pendosa yang dosanya entah berampun entahkan tidak...
TETAPI...
nota ini ditulis untuk menyatakan rasa dan perasaan aku apabila melihat gambar2 ini yang dikirim seorang sahabat melalui group whatsup...
Jujur ku katakan aku langsung tidak mencari untuk membuat pembacaan lanjut tentang kes tersebut... adakah itu mayat seorang islam atau bukan.... rakyat negara mana? malaysia atau bukan? AKU TIDAK TAHU... kerana aku tidak berniat untuk tahu... atas beberapa sebab yang biarlah aku yang tahu...

tetapi...
apa yang cuba aku sampaikan hanya rasa dan perasaan aku saat melihat gambar2 itu...

sahabatku syg... wallahi saat melihat gambar2 itu... hatiku bergetar takot...
hatiku direntap resah...resah akan dosa yang tak sudah...
hatiku seolah tertusuk sesuatu membuatkan aku gelisah...
gelisah memikirkan bagaimanakah aku akan sudah?...
adakah segalanya baik...(husnol khotimah)
atau mungkin sebalik...

saat aku melihat bagaimanakah keadaan mayat...
jiwaku bagaikan disayat...
aku sedar akan sesuatu yang aku gagal melihat...
sungguh aku antara yang lalai dengan nikmat...

di atas dunia gahnya aku...
tercipta sebagai manusia yang lengkap kelaku?
di atas dunia gahnya aku...
hidup mewah dangan nikmat dariMu...

Bermegah aku berjalan di atas tanah...
makan apa yang ada dengan mewah...
tanpa melihat pada mereka yang kurang dengan endah...
datang kucing minta ikan kita halau megah...
akhirnya mati kita yang diratah?

gambar2 itu menyedarkan aku sebagai manusia tiada apa yang wajar dibangga...
aku hidup atas ehsan dariNya...
menumpang oksigen dan rezeki pemberiannya....

Kalian.... moga kita sedar sesuatu...
hidup ini hanya sementara...
jangan dibuang begitu saja...
kelak kita nyesal tiada kata...

kalian... moga sama2 kita istigfar dan muhasabah...
akan kedudukan dan asal tempat...
hargai hayat selagi ada...
sayang menyayangi dalam peraturannya
moga syurga tempat kita...

betapa mewah dan gahnya...
mati kita tak bawa apa2...
kecuali amal pada yang esa...

di atas bumi kita memijak mereka...
bila mati kita diratahnnya...
ulat2 itu lebih mulia,,.,
jangan megah sebagai manusia...



# gambar2 itu sedarkan aku bahawa cantiknya Islam itu..
#peraturannya lengkap dan termaktup
#tatu itu haram...
#bila habis kulit pun ia tak hilang
#sebab tu Islam da pesan.. jangan hidup membuat kerosakan...
#istigfar..



Wednesday 22 October 2014

::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;

Assalammualaikum...

::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;
didedikasikan khas buat insan2 tersayang terutama keluarga dan sahabat lainnya...

 alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
masih diberi nafas untuk redho...untuk menyayangi dan untuk disayangi.. In Shaa Allah..

****************************************************************************

siapa DIA? dan siapa kalian??

DIA hanya satu Allah maha Esa pemilik langit dan bumi..

dan siapa pula kalian???

kalian adalah anda...anda..dan anda yang aku sayang...
mama, abah, adik-adik, dan anak2..

hidup aku hanya sementara seperti kalian yang juga sama berusaha..
hidup aku tidak mewah dan kaya...
tapi aku bahagia kalian sentiasa ada...
hidup aku tidak sempurna tetapi aku gembira kerana kalian ada...
aku juga ada terasa tetapi aku sedar akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian...

pesan mama" biar hidup tidak berharta asal ukhuwah adik beradik sentiasa terjaga"
kata abah.. " harta xbawa ke mana asal hati dan budi sentiasa bersama"
terima kasih Allah...terima kasih abah... terima kasih mama... terima kasih adik-adik...
sentiasa ada saat yang lain hanya singgah sementara...

***********************************************************************************
masihku ingat hidup kita sekadar ada...
KFC pula jarang2 bersua..

masih aku ingat hidup kita bahagia seadanya...
bila gaji abah bawak keluar bergaya..
bila tiada abah katakan sejujurnya...

masih aku ingat...
menitis air mata..
saat mama tiada bersama 
hanya abah datang bersua..
bersama seuncang duit syiling dengannya...

 berpaling aku dari melihat abah bukan kerana aku marah..
tetapi kerana rasa bersalah...
belajar tidak begitu gah...
tetapi abah datang bawak upah....

seperti yang lain terkadang aku marah tak bertempat..
terasa hati tak sempat sempat..
merajuk tak kena tempat..
tetapi akhirnya aku sedar.. 
aku tiada tempat
::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;
untuk aku menumpang tempat

 *******************************************************************************
buat kalian diluar sana... siapa pun kita hari ini... 
berjaya atau hebat...
jangan lupa mana asal tempat..

anda berjaya kerana mereka..
mereka yang sayang akan anda...
mungkin terkadang pendapat tidak sehaluan...
cuba duduk dan fikir sejenak..
apakah hikmah disebalik kejadian...
apakah rahsia yang Allah simpan..

hidup hanya sementara untuk simpan dendam tak terkata...
hidup hanya seketika untuk biar diri derita...
xguna kau halaukan mereka..
kerana mereka adalah kau dan kau adalah mereka....

buat kamu..kamu..dan kamu diluar sana...
bila rasa diri tiada harga...
toleh kebelakang dan lihatlah mereka...
mereka sentiasa ada...
menanti kau yang tidak seberapa....
sanggup susah dan senang bersama...

*******************************************************************************
p/s: sayangilah keluarga dan mereka yang sentiasa ada dan cuba bersama kerana kau akan hilang nilai tanpa mereka dan mungkin saat kau tersedar segalanya lewat seketika... dan tiada kata berundur semula...
 istigfar atas segala
doa pada yang Esa
In Shaa Allah jalannya baik-baik sahaja..

#muzaitulakma
#22okt2014

Sunday 27 April 2014


~Manusia ini mmg mudah alpa!~

~Bersyukurnya sering terlupa!
~Mengeluhnya Ya Allah TIDAK kadang2...



~Mereka hilang ingatan barangkali..
~Dulu meminta ini..
~Maka apabila diberi.. yeayy.. mendahului.. barulah alhamdulillah menyusuri..
~Dalam sedang menikmati apa yang diminta.. Allah uji sedikit perkara..
~kerana DIA rindu rintihan kita..
~LALU melatah si manusia!
~mengeluh seperti dikata..
~YA ALLAH... dugaan apakah ini?? mengapa aku?? berikan lah ini.. berikanlah itu..
~TIDAK MALU! meminta melebihi daripada memberi!
~MENGAPA WAHAI MANUSIA??/
~Tenanglah... Renung Kembali.. Musabahlah diri..
~ALLAH menguji kerana menyayangi..
~Supaya kita tidak lupa diri!
~Bukan untuk belagak! Bukan untuk menempelak!TETAPI
~untuk mengingati kerana diri ini juga MANUSIA YANG SERING TERLUPA! 

:: Berpagian itu Indah::

Selepas kerana aku seorang wanita tiba2 idea ni membuak-buak pulak..
alkisah kewujudan nukilan baru ini bermula pada pagi 27/4/2014 and supposedly i should listen to my director speech.. hee :D

while waiting for pengarah to come and to all the candidates finished their speech maka terhasil la nukilan baru ini..

::Berpagian itu Indah::
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
berpagian itu indah..
memberi beribu barakah...
terkadang diambil mudah..
hingga mengundang amarah..

berpagian itu indah..
lebih indah dihias solah..
berpagian itu indah..
memberi jutaan rahmah..

berpagian itu indah...
seperti lakunya sunnah...
ikutlah wahai ummah...
moga syurga bakal rumah..

berpagian itu indah..
barat juga ada pepatah,,
mari sama kita ratah..
"early birds will get worm" lah...
:p

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: berpagian itu banyak kelebihan.. selain pepatah barat Islam apatah lagi menyarankan..
berpagian membuka beribu rezeki..
berpagian membuka beribu rahmat dan kasih sayang Allah..

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.


see... betapa indahnya berpagian..
buat adik2.. kakak2 n abg2..
juga buat diri dan anak didik..
bangun awal.. hiasi hari dgn amal..
In Shaa Allah beroleh barakah..
amin.. :)

Saturday 26 April 2014

:: Kerana Aku Seorang Wanita ::

Assalammualaikum..
semoga semuanya baek sahaja...
dah lama xmenaip kat blog nih...
i've been busy.. busy handling my new life..
new schedule...
new environment around new people...

but Alhamdulillah Allah banyak memudahkan segala..

 puisi "kerana aku seorang wanita ini" was written by me on 25/4/2014 while waiting for my project supervisor Dr Husni.. :)
ilham datang tiba2.. so i maen tulis jerk then i baru susun rangkap hahaha
nampak sgt x profesional kan.. huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerana aku seorang wanita...
punya hati sensitif seperti dikata..
kerana aku tidak sempurna..
sering khilaf dan sering alpa..

kerana aku seorang wanita..
punya peribadi yang biasa-biasa...
tidak sempurna iman dan agama..
jangan disanjung lebih dariNya..

kerana aku seorang wanita..
tidak menolak suatu cinta..
kerana aku tidak bisa..
tanpa cinta dariNya..

kerana aku seorang wanita..
punya peribadi yang biasa-biasa,,
kupohon ehsan & kasihNya..
moga dibimbing ke jalanNya..

kerana aku seorang wanita..
akan ku pelihara segalaNya..
harap aku cuma syurgaNya..
moga mujahadah membwaku ke sana..

kerana aku seorang wanita..
mana mungkin menolak cinta adamnya..
kerana bahagia hakiki hendaknya..
cinta Illahi diutama..

kerana aku inginkan bahagia hakiki...
biar kekal hingga akhrawi..
bukan cinta sekadar duniawi..
kelak binasa jasad & diri..

ingatlah wahai seorang wanita..
letakkan iman di dalam dada..
ingat Allah sentiasa ada..
In Shaa Allah syurga menanti disana..

:)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : dedicated to all women out there..
      : plz take care..
      : jaga diri jaga iman
      : In Shaa Allah kita ketemu syurgaNya..