aku

aku

Tuesday 12 February 2013

Orang baik mati awal???

Assalammualaikum wbt.. =) 
okey.. masih belum terlewat untuk saya ucapkan Gong Xi Fa Cai... to all chinese in Malaysia.. =)

Entry kali ni saya hanya ingin mengungkap persoalan yang sering kita dengar setiap kali menziarahi kematian.. ORANG BAIK SELALU PERGI DULU???

actually this question appeared and keep playing in my mind after I read 1 subtopic in DI MANA DIA DI HATIKU? by Pahrol Mohd Juoi...

kekadang kematian di rasakan seperti satu musim.. kematian ahli keluarga..sahabat handai dan kenalan datang silih berganti dan secara mengejut...yalah seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali.. "kematian adalah sesuatu yang paling hampir dengan kita". Ini bermakna umur, tua atau muda bukanlah ukuran untuk kematian menjengah... Jadi, sentiasa lah mempersiapkan diri menanti tibanya saat itu untuk kita bertemu dengan kekasih sejati di sana kelak... =) Biarlah kita menemuiNya dalam keadaan yang cantik dan penuh amal.. hee

Menurut penulis buku ini.. ada hadis mengatakan bahawa pada akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama... 

 jadi adakah ini menjawap soalan bahawa orang baik mati cepat??? 

the answer is NO.. and MAYBE... kerana orang baik tidak semestinya hanya terdiri daripada "para ulama".. bukan ulama pun ada juga yang baik.. btol xxx???

sbnrnya, susah untuk kita tentukan samada seseorang itu baik atau jahat... kerana kita hanya manusia biasa.. 

Imam syafie meninggal pada usia 51 @ 52 tahun manakala Imam Nawawi meninggal dunia lebih muda daripada itu..  Bila membaca kenyataan ini sekali lagi soalan itu menjengah ADAKAH ORANG BAIK MATI AWAL???

 emh... actually, dear friends..

manusia sgt sukakan kebaikan berbanding kejahatan..DAN
orang yang baik dirasakan mati cepat kerana kita belum puas untuk menikmati kebaikan yg diberikan olehnya... berbanding dengan kejahatan sesaat pn dirasakan amat lama deritanya... mungkin ini merupakan jawapan mengapa kita sering merasakan bahawa orang baik mati cepat... =)

bercakap tentang kematian tiba2 terdetik di hati bilakah saat kematian akan datang menjemput diriku pula.. buat sahabat sekalian... Bila dan dimana itu bukanlah persoalannya... apa yang patot menjadi soalan adakah diri bersedia untuk dijemput bertemu dengan kekasih abadi kita di sana?? =)
peringatan buat diri dan semua... persiapkanlah diri menanti saat kematian yang sebenarnya amat hampir dengan kita...

okey,,, to be honest...semasa saya menulis entry ini... 
Saya terkenangkan arwah seorang sahabat.. yang juga merupakan bekas roomate and classmate yang baik...
NURHAZWANI BINTI OTHMAN... 
yang telah kembali ke rahmatullah bertemu kekasih abadi pada bulan syawal tahun lepas pada usia 23 tahun..
ya... mengapa orang baik mati awal??? itu adalah soalan pertama yang muncul di fikiran saat berita kematiannya saya ketahui... 
masih teringat saat mula2 berita kematiaannya saya ketahui.. 
apabila pada subuh tu saya mendapat msj mengatakan arwah telah tiada,,, dalam keadaan percaya dan tidak.. termenung saya sejenak... takut... sedih... terkejut.. bercampur dan akhirnya saya menghubungi telefon bimbit arwah untuk mendapat kepastian... baru beberapa hari kami bertemu ketika saya bertandang ke kampungnya bersama dua orang sahabat lain dan adik saya... tiba2 hari ini berita kematiannya yang saya dapat??? sapa xterkejut kn??
panggilan saya diangkat oleh sepupu arwah yang memberikan kepastian bahawa arwah benar2 telah pergi.. Al-fatihah saya panjatkan dan segera bersiap untuk menziarahi arwah di kampungnya di pokok sena, kedah ditemani oleh adik saya... masih ingat kejadian hari itu.. dan perasaan pada saat itu...
sehingga saat ini kebaikkan yang ditinggalkan oleh arwah masih bersisa... =)
hee :) kita sgt sukakan kebaikan.. 
agak terkilan kerana arwah tidak sempat untuk meraikan majlis konvokesyen bersama rakan2 yang lain... dan lebih terkilan saya rasakan apabila kami telah sama2 merancang untuk melanjutkan pelajaran masters kami bersama-sama namun apakan daya mungkin ajalnya sudah tiba...
'sesungguhnya kita hanya merancang tetapi ALLAh yang menentukan.. dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang" ;) 
 
okeylaa... sedih... xmo ckp pnjg,... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh,.. amin.. 
actually, i miss her..

P/s : Al- fatihah buat sahabatku.. NURHAZWANI BINTI OTHMAN =)
Kenangan sewaktu cuti-cuti ke terengganu last year


 
 
 
 

Thursday 7 February 2013

Kisah Lelaki & 4 org isteri =)

Assalammualaikum... =)
 Pagiku hari ini dimulakan dgn  Alhamdulillah ke hadrat Illahi.. 
Salam jumaat...

dear friends,, today I would like to share a story about 1 husband with 4 wives.. wow!!!!!!!!!
bukan semua lelaki berpeluang begini... huhu =)

Ini merupakan kisah seorang bussinessman... katanya sudah rezeki untuk beristeri empat maka terimalah... 
okey... kita mulakan dgn kisah dan penampilan isteri-isterinya ok.... :)

dimulakan dengan isteri yang tersayang. siapa lagi kalau bukan isteri keempat. isteri yg plg muda, plg bertenaga. isteri yang muda dan bertenaga ini adalah isteri yg plg dicintai. di saat lelaki ini keletihan isteri keempat lah yg akan menyelesaikan segala tugas yg melibatkan tenaga. di sudut hati kecil lelaki itu, beliau berasa bertuah kerana mempunyai isteri muda yg kuat dan bertenaga dan menjadi pujaan hatinya.

Isteri yg ketiga, adalah isteri yg plg cntik. wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yg melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis rasmi. Isteri ini adalah isteri yg sering dibawa untuk menemaninya ketika majlis-majlis rasmi dan majlis yg melibatkan urusan perniagaan. 

Isteri yang kedua juga hebat orangnya.. walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri keempat dan ketiga tetapi dia memiliki akal yg bijak. Dia bijak dalam menguruskan dan menyelesaikan setiap masalah yg dihadapi oleh suaminya. Ketika kebingungan dalam masalah isteri kedua lah yg akan dicari oleh lelaki ini...

Isteri pertama??? aduhai,,, bila mengingatinya si lelaki @ suami akan mengeluh.. emh... rupa tidak ada.. fikiran? di tahap biasa2.. tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Bagi si lelaki ini kehadiran isteri pertama bagaikan tiada... pergi x mengurang dtg x menambah.. dia mengibaratkan isterinya seperti melukut di tepi gantang.. nk ditinggalkan simpati... hmm... mujur si isteri tidak kisah walaupun jarang2 menemuinya... kata lelaki ini.. "bukan tidak kesian.. tetapi apa boleh buat... hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri TUA tidak ad SELERA!!"

hidup lelaki ini diulit keriangan dan ceria sehinggalah suatu hari badannya terasa lemah, pandangannya berpinar dan akhirnya, beliau jatuh terjelepok di atas lantai...
dengan segera dia dihantar ke hospital. kaki dan tangannya tidak dapat bergerak lagi... Ya Allah apakah sakitku? detik hati kecil lelaki itu..
Kemudian doktor pun dtg dan berkata perlahan " Maaf Tuan, saya terpaksa berterus terang. Tuan diserang barah ditahap yg terakhir. mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan mungkin tidak pnjg. paling lama dua bulan. Tapi, ajal maut ditangan ALLAH. banyakkan berdao mudah-mudahan akan termakbul. dari sudut perubatan hanya ubat penahan sakit yg mampu kami berikan."

Aduh... bagai disambar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selamanya?????

Oleh kerana itu, lelaki tadi telah memanggil kesemua isterinya... dia mulakan dengan  isteri keempat iaitu isteri yang paling dicintainya.  " sayang, sayang tahukan abg akan pergi buat selamanya tidak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang menemani abang di alam barzakh?" tanya lelaki itu sambil mengelus lembut tangan isteri yg plg dicintainya itu...
" Bang, soal mati jgn dibuat main.. abg pn tahukan saya muda lagi takkanlah abg nk sy mati sama? abg perlu faham situasi saya. kalau abg mati relakan sy untuk teruskan hidup dgn lelaki lain. mustahil abg sanggup biarkan sya yg muda ini untuk hidup menjanda".
terlepas tgn yg digenggam.. mata si isteri ditenung untuk mencari kepastian.. YA!! isteri ku mmg pasti. jika aku mati nnt dialah yg plg awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yg tidak teringin??(bisik hati kecil si lelaki)
kemudian, tibalah giliran isteri ketiga masuk menemui suaminya. lelaki itu tersenyum melihat wajah si isteri yg cantik, molek dan rupawan seperti biasa. hati lelaki itu merintih (Aduhai.. alangkah sukar untuk berpisah dgnnya nnt)

"Darling, abg akn pergi selamanya.." tanya si lelaki..
" Ya abg, sy sgt sedih bayangkan hidup tanpa abang disisi". jawap si isteri
" Darling, sudikah temani abg di alam barzakh nanti sbg bukti cinta kita?" duga si lelaki kepada isterinya.

" Bang, kita perlu rasional. Kecantikkan saya mmg untuk abg, tapi masa abg hidup saja. bila abg mati, saya perlu teruskan hidup. Selain harta yg abg wariskan, kecantikkan ini adalah aset saya untuk teruskan hidup yg masih panjang ini" jawap si isteri =)

Ah... kau juga serupa.. alangkah peritnya hati si lelaki yang beristeri empat ini memikirkan bahawa kecantikkan isteri ketiganya bakal ditatap org lain.

Namun, si lelaki masih punya harapan... YA... isteri kedua adalah harapan terakhir baginya...

bila tiba saat isteri kedua yg bijaksana tadi dipanggil untuk menemui suaminya lalu dia pun bertanya " Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"

"Ya sebab kaulah satu-satunya harapan abg yg masih tinggal"

" Saya akan membantu sedaya upaya untuk selesaikan semua masalah abang dengan lancar.."

"dengan lancar?"

" Ya, soal pembahagiaan harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. In Shaa Allah perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang plg mahal telah saya tempah. begitu juga dengan tanah perkuburan. imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah juga telah saya tentukan. abang jgn takut, semuanya dah selesai saya uruskan."

" Bukan itu maksud abg. itu bukan masalahnya. masalahnya abang takut untuk bersendirian di alam barzakh nanti. berilah jalan penyelesaian. sekian lama kau dapat selesaikan masalh abang. tolonglah abang macam biasa."

"apadia bang?"

" sudikah kau temani abang di alam kubur?"

isteri kedua lelaki itu terkejut.. lalu meluru keluar dari bilik sambil menutup mukanya dan menangis.
Harapanku hancur lebur. semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. terkapa- kapa hidup sendirian selepas mati. alangkah sepi dan ngerinya nanti.. ( bisik hati kecil si lelaki)

tiba-tiba... tuk! tuk! tuk!
 bunyi pintu diketuk.
" Assalammualaikum, abg" 
ahh... lelaki itu terlupa bahawa dia masih mempunyai seorang isteri iaitu isteri yang pertama. Isteri tua yg tidak disandarkan apa2 harapan, jauh sekali untuk membuat semangatnya disuntuk.. hee

"Waalaikummussalam" jawap lelaki itu hambar
disudut hati kecil lelaki itu berbicara bahawa dia tidak mengharap apa2 dan tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan. mustahil isteri yg sering ditinggal ini sudi untuk menemaniku..

" terima kasih kerana masih sudi untuk menemui saya" kata isteri tua sebaik selepas bersalaman. hambar dan tawar dirasakan oleh lelaki ini. tiada langsung rasa kasih terhadap isterinya yg sulung ini...

si isteri merenung wajah suaminya. matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut drpd cahaya pandangan walaupun usianya sudah lanjut.

Abang, saya sanggup menemani abang. kemana saja. di mana jua. saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersama. jika ditakdirkan saya sanggup temani abg di alam kubur!!"

Fuhhh... betapa leganya hati si lelaki.. rupa-rupanya isteri yg sering ditinggalkan itulah yang sudi untuk menemani dirinya. terharu rasa hati dengan keikhlasan hati isterinya. Ahhh.. ternyata dia isteri sejati,,, isteri hakiki... mengapa buta mataku selama ini... biarpun tiada rupa, tiada tenaga dan idea... (rintih hati kecil si lelaki) :(
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sandara dan saudarri sekalian, =)
siapakah lelaki ini??? Lelaki ini adalah kita yang punya 'empat' isteri..
isteri keempat ialah jasad dan tubuh. daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.. maka kita jaga, kita belai tubuh kita,, diberi makan dan ubat untuk hindari segala penyakit..

isteri ketiga adalah harta. siang dan malam kita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan harta. apabila wang bertambah kita beli aset, kereta mewah , rumah besar.. apabila berhadapan dengan tetamu yg datang kita bangga memperagakan segala aset di dalam rumah.

isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat2 kita. pada merekalah tempat kita meluahkan masalah.. hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

isteri pertama adalah amal ibadat kita yg sering kita pinggirkan. itulah yang sering dilupakan ... bila hendak menambah amal? nantilah esok masih ada.. bila hendak bertaubat, tunggu usia masih muda. segala kebaikan sama ada berbentuk hablumminallah dan hablumminannas sering tidak mendapat perhatian.. sama seperti isteri tua yang sering dipinggirkan..

namun suatu saat, akan terselah jua mana "isteri' yang benar-benar jujur dan setia.. cuba bayangkan,.,, betapa sepinya malam pertama di kubur sana tanpa "isteri" yang sudi mendakap kita?? =)

hee dats ol untuk entry kali ni... mgkin u guys akan dpt sedikit iktibar.. hee 
Asslammualaikum.. ;)

Wednesday 6 February 2013

Forgive is Awesome =)

Hye guys.. =)
hee... I'm free now.. my boss is not in the office.. so.. I wish I can share sumthing wif u... 
Actually, Im on my way to finish up one motivation book written by Pahrol Mohd Juoi... 
Dia penulis n pendakwah... so, entry kali ni.. juz nk share what i got from dat book...
Memaafkan..
memaafkan org lain bererti memaafkan diri sendiri... hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. sucikanlah hati mencari ILLAHI.. ( pembuka kata untuk subtopik ni)
so, I think I juz need to summarize it on my own way...
dear friends... kita xkan pernah merasa bahagia selagi kita xbahagia melihat kebahagiaan insan lain...
BAHAGIA... is a subjective words for me... lain org lain pengertian n cara mereka intrepretasikan... (hehehe) tp apa yg pasti... membenci kebahagiaan org lain.. xkan pernah membuatkan dikau menemui bahagia sebuah kehidupan...
kebenciaan itu membunuh... 
seandainya kau pernah disakiti sekali oleh mereka, 
oleh dia.. atau 
oleh sesiapa dan apa sekali pun..
 jika kau tidak memaafkan maka kau akan terus disakiti untuk berkali-kali... 
so, pls dont kill ur self because of that hatred feeling =)
perasaan terindah akan hadir dlm diri ketika kau memaafkan mereka yg telah menyakitimu... =)
suci dan bersihkan hati kerana Illahi.. In Shaa Allah... segalanya akan pasti... 
dalam Al-Quran Surah Fussilat;34
" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
see...  bagaimana indahnya sebuah kemaafan... okeyy... betul... kdg kala sakit hati yg bersisa dalam jiwa menyebabkan kita sukar untuk memaafkan?? yeahh I know.. coz i've also experienced that... so, jika di saat maaf ingin diberi namun bisikan hati jahat mengingatkan kau akan kesakitan itu...
bisikan suara hati kecilmu.. siapakah kau untuk begitu sukar memaafkan??? KAU hny HAMBA...
sedangkan ALLAH SWT juga adalah pemaaf mengapa kita tidak... 
hee... so, untuk mengecap sebuah kebahagiaan dunia dan akhirat.. the 1st thing u should do is to FORGIVE... n push ur self to be happy wif somebody happiness =) 
 yeahh,,,, last but not least, jgn biarkan dirimu dibaluti kebenciaan dan jgn mudah menghukum org lain.. kerana kita hny seorang hamba yg berkongsi hidup di atas muka bumi Illahi menuju ke syurga nya In Shaa Allah... 
"sahabatku... Biarlah kita tersilap memaafkan daripada kita tersilap menghukum"
okeyy... i think enough unt entry kali ni.. heee Assalammualaikum... n have an awesome day without any hatred in ur heart... heee =)  c u soon... In Shaa Allah...



Tuesday 5 February 2013

Sabar itu penting =)

Life is too short to think about things that makes u upset n unhappy rite?? fuhhh... dat is y idecide dat sabar itu penting :)
 Perjalanan diatas muka bumi Illahi ini merupakan mujahadah iaitu jalan menuju ke syurga ( heehe menurut sumber buku yg br dibaca ) 
yeahhh.... sabar itu separuh daripada iman dan jalan mujahadah itu xselamanya sunyi daripada dugaan...
oleh sbb itu, kita harus sntsa bersabar and bersedia untuk menghadapi sgla mcm dugaan yg bakal datang... pelihara hati dan ubati duka n luka dgn perkataan indah " Ini Semua Dugaan Allah ke atas HambaNya yg dicintai" In Shaa Allah jika kita bersangka baik.. maka baiklah akan datang...
kerana apa... kerana hidup ini adalah pantulan... baik yang diberi maka baiklah yang diperolehi... bak kata penulis buku yg baru aku baca ni.. "tgn yg menghulur mawar pasti akan terlekatbaunya"...
:) Indahkan bahasanya.. 
seperkara lagi,, jika kita ditimpa musibah atau kejahatan yg ditinggalkan manusia... maka kita sedih,, menanggis dan merintih,,, btol kn???
jgn begitu... positifkan diri,, In Shaa Allah... semuanya akan baik2 saja ;) senyum lagiii...
Ingat bisikkn pada diri seperkara lagi..
"kejahatan yang membuatkan kita menangis adlh lebih baik drpd kebaikkan yg akan membuatkan kita riak" 
i think enough unt entry nih.,,, ad masa free lg kt ofis nnt i akan share lg.. what i got from my reading n my experience... 
:) assalammualaikum... hv a nice day ya.. 

Sunday 3 February 2013

ok im the beginners :)

assalammualaikum wbt...
okey... obviously... mmg sy agk ketinggalan myb... coz people out there starts blogging for the past few years but i... heee br nk start ni pn sbb sje suke2 bosan n rasa nk menaip... lol!!!

nothing much bout me..
juz im a 22 years old girl who will celebrate her 23 years old bufday on 22nd Feb 2013.. heee xlme da pn.. :)
im the eldest sister in my family n i've very wonderful, cheerful and happy family... since, im the eldest i've huge? big? responsibility...
im still studying for my masters and im a part time workers as research assistant at UPSI..
ok dats ol.. :) bye