aku

aku

Sunday 27 April 2014


~Manusia ini mmg mudah alpa!~

~Bersyukurnya sering terlupa!
~Mengeluhnya Ya Allah TIDAK kadang2...



~Mereka hilang ingatan barangkali..
~Dulu meminta ini..
~Maka apabila diberi.. yeayy.. mendahului.. barulah alhamdulillah menyusuri..
~Dalam sedang menikmati apa yang diminta.. Allah uji sedikit perkara..
~kerana DIA rindu rintihan kita..
~LALU melatah si manusia!
~mengeluh seperti dikata..
~YA ALLAH... dugaan apakah ini?? mengapa aku?? berikan lah ini.. berikanlah itu..
~TIDAK MALU! meminta melebihi daripada memberi!
~MENGAPA WAHAI MANUSIA??/
~Tenanglah... Renung Kembali.. Musabahlah diri..
~ALLAH menguji kerana menyayangi..
~Supaya kita tidak lupa diri!
~Bukan untuk belagak! Bukan untuk menempelak!TETAPI
~untuk mengingati kerana diri ini juga MANUSIA YANG SERING TERLUPA! 

:: Berpagian itu Indah::

Selepas kerana aku seorang wanita tiba2 idea ni membuak-buak pulak..
alkisah kewujudan nukilan baru ini bermula pada pagi 27/4/2014 and supposedly i should listen to my director speech.. hee :D

while waiting for pengarah to come and to all the candidates finished their speech maka terhasil la nukilan baru ini..

::Berpagian itu Indah::
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
berpagian itu indah..
memberi beribu barakah...
terkadang diambil mudah..
hingga mengundang amarah..

berpagian itu indah..
lebih indah dihias solah..
berpagian itu indah..
memberi jutaan rahmah..

berpagian itu indah...
seperti lakunya sunnah...
ikutlah wahai ummah...
moga syurga bakal rumah..

berpagian itu indah..
barat juga ada pepatah,,
mari sama kita ratah..
"early birds will get worm" lah...
:p

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: berpagian itu banyak kelebihan.. selain pepatah barat Islam apatah lagi menyarankan..
berpagian membuka beribu rezeki..
berpagian membuka beribu rahmat dan kasih sayang Allah..

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.


see... betapa indahnya berpagian..
buat adik2.. kakak2 n abg2..
juga buat diri dan anak didik..
bangun awal.. hiasi hari dgn amal..
In Shaa Allah beroleh barakah..
amin.. :)

Saturday 26 April 2014

:: Kerana Aku Seorang Wanita ::

Assalammualaikum..
semoga semuanya baek sahaja...
dah lama xmenaip kat blog nih...
i've been busy.. busy handling my new life..
new schedule...
new environment around new people...

but Alhamdulillah Allah banyak memudahkan segala..

 puisi "kerana aku seorang wanita ini" was written by me on 25/4/2014 while waiting for my project supervisor Dr Husni.. :)
ilham datang tiba2.. so i maen tulis jerk then i baru susun rangkap hahaha
nampak sgt x profesional kan.. huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerana aku seorang wanita...
punya hati sensitif seperti dikata..
kerana aku tidak sempurna..
sering khilaf dan sering alpa..

kerana aku seorang wanita..
punya peribadi yang biasa-biasa...
tidak sempurna iman dan agama..
jangan disanjung lebih dariNya..

kerana aku seorang wanita..
tidak menolak suatu cinta..
kerana aku tidak bisa..
tanpa cinta dariNya..

kerana aku seorang wanita..
punya peribadi yang biasa-biasa,,
kupohon ehsan & kasihNya..
moga dibimbing ke jalanNya..

kerana aku seorang wanita..
akan ku pelihara segalaNya..
harap aku cuma syurgaNya..
moga mujahadah membwaku ke sana..

kerana aku seorang wanita..
mana mungkin menolak cinta adamnya..
kerana bahagia hakiki hendaknya..
cinta Illahi diutama..

kerana aku inginkan bahagia hakiki...
biar kekal hingga akhrawi..
bukan cinta sekadar duniawi..
kelak binasa jasad & diri..

ingatlah wahai seorang wanita..
letakkan iman di dalam dada..
ingat Allah sentiasa ada..
In Shaa Allah syurga menanti disana..

:)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : dedicated to all women out there..
      : plz take care..
      : jaga diri jaga iman
      : In Shaa Allah kita ketemu syurgaNya..