aku

aku

Wednesday 22 October 2014

::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;

Assalammualaikum...

::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;
didedikasikan khas buat insan2 tersayang terutama keluarga dan sahabat lainnya...

 alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
masih diberi nafas untuk redho...untuk menyayangi dan untuk disayangi.. In Shaa Allah..

****************************************************************************

siapa DIA? dan siapa kalian??

DIA hanya satu Allah maha Esa pemilik langit dan bumi..

dan siapa pula kalian???

kalian adalah anda...anda..dan anda yang aku sayang...
mama, abah, adik-adik, dan anak2..

hidup aku hanya sementara seperti kalian yang juga sama berusaha..
hidup aku tidak mewah dan kaya...
tapi aku bahagia kalian sentiasa ada...
hidup aku tidak sempurna tetapi aku gembira kerana kalian ada...
aku juga ada terasa tetapi aku sedar akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian...

pesan mama" biar hidup tidak berharta asal ukhuwah adik beradik sentiasa terjaga"
kata abah.. " harta xbawa ke mana asal hati dan budi sentiasa bersama"
terima kasih Allah...terima kasih abah... terima kasih mama... terima kasih adik-adik...
sentiasa ada saat yang lain hanya singgah sementara...

***********************************************************************************
masihku ingat hidup kita sekadar ada...
KFC pula jarang2 bersua..

masih aku ingat hidup kita bahagia seadanya...
bila gaji abah bawak keluar bergaya..
bila tiada abah katakan sejujurnya...

masih aku ingat...
menitis air mata..
saat mama tiada bersama 
hanya abah datang bersua..
bersama seuncang duit syiling dengannya...

 berpaling aku dari melihat abah bukan kerana aku marah..
tetapi kerana rasa bersalah...
belajar tidak begitu gah...
tetapi abah datang bawak upah....

seperti yang lain terkadang aku marah tak bertempat..
terasa hati tak sempat sempat..
merajuk tak kena tempat..
tetapi akhirnya aku sedar.. 
aku tiada tempat
::Akhirnya aku hanya ada DIA dan kalian:;
untuk aku menumpang tempat

 *******************************************************************************
buat kalian diluar sana... siapa pun kita hari ini... 
berjaya atau hebat...
jangan lupa mana asal tempat..

anda berjaya kerana mereka..
mereka yang sayang akan anda...
mungkin terkadang pendapat tidak sehaluan...
cuba duduk dan fikir sejenak..
apakah hikmah disebalik kejadian...
apakah rahsia yang Allah simpan..

hidup hanya sementara untuk simpan dendam tak terkata...
hidup hanya seketika untuk biar diri derita...
xguna kau halaukan mereka..
kerana mereka adalah kau dan kau adalah mereka....

buat kamu..kamu..dan kamu diluar sana...
bila rasa diri tiada harga...
toleh kebelakang dan lihatlah mereka...
mereka sentiasa ada...
menanti kau yang tidak seberapa....
sanggup susah dan senang bersama...

*******************************************************************************
p/s: sayangilah keluarga dan mereka yang sentiasa ada dan cuba bersama kerana kau akan hilang nilai tanpa mereka dan mungkin saat kau tersedar segalanya lewat seketika... dan tiada kata berundur semula...
 istigfar atas segala
doa pada yang Esa
In Shaa Allah jalannya baik-baik sahaja..

#muzaitulakma
#22okt2014

No comments:

Post a Comment