aku

aku

Thursday 20 June 2013

Pesan Pada Hati

Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan

HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati~

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan
Yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai~


Menghargai bila ada, kenang bila pergi.


Kita tak pernah memiliki, adakah pantas untuk kita merasa sedih apabila yang kita cintai telah pergi kepada yang lebih baik? Hatta jantung yang sedang berdegup dalam hati, ia tetap bukan milik kita..apatah lagi dia yang terpisah jasad, mahupun pada satu jarak yang sedikit..



Berbahagialah dengan y sedikit, daripada kita menjadi lupa pada pemberian Tuhan yang banyak.



Susurilah jalan yang penuh likuan,

kerana dihujungnya terletak kejayaan, 
atasilah setiap kehilangan,
kerana ia menambah kekuatan,
Jangan salahkan kegagalan,
Kerana ia memberi pengajaran,
Andai tersilap langkah,
kembalilah ke pangkal jalan,
Jangan dihiraukan sesalan,
Kerana Tuhan sedia mengampunkan,
Jika memperoleh kesenangan,
Ingatlah insan dalam kesusahan,
Andai belum mendapat kejayaan,
Jangan cepat berjalan pulang,
Kerana 
Itulah 
Asam garam kehidupan,......:)


1 comment: