aku

aku

Tuesday 16 December 2014

:: Buatmu sayang::

#Pesan buatmu sayang#

Wahai sayangku...
Bila kita berbicara tanpa hati,
yg hadir cuma kelongsong tanpa isi...
Bila kita cube sembunyi,
kemana pun tak boleh lari,
kerana ada hati yg mencari...
Bila kita tersenyum mata boleh kata bahagia tpi hati tak dpt kita bohongi..
Bila kita menangis mungkin terasa sgt sendiri2 tpi kita lupe ada hati yg sudi berkongsi...

Hidup ini ALLAH kurniakn dugaan utk kita belajar redha dan pasrah.
ALLAH kurniakn ujian untk kita cari kelebìhan dan kesabaran.
ALLAH hancurkan hati dan perasaan sebab ALLAH nak ganti dgn kasìh sayang yg sgat lumayan...

Jadi bila ALLAH takdirkan apapn sebenarnya ada hadiah yg ALLAH simpan.
Cukup masa ALLAH akn kurniakan tanpa kita duga tanpa kita sangka...

Subhanallah.

Hadirmu juga satu nikmat bagiku... 
hadirnya rasa yang xpernah ku duga..
xperlu kau sanjung aku lebih dari DIA... 
kerana aku harap kita bersama di dalam syurgaNya... 

Cukuplah sayang sebut namaku dlm doa2 mu... 
hargai aku seadanya atas nama seorang manusia.. 
Moga nnt segala Allah yang bisa beri setakat mana haknya kita...
Jgn tanya setinggi mana rasa..
 apa yg boleh ku kata... 
kau takluki segala...
 tapi xlebih dari DIA... 
kerna DIA segalanya maha anugerah segala nikmat...

Aku xpunya apa hanya hati sekecil genggam.. 
dan itu semua kau punya selepas aku beri pada DIA...

#akma

:: Aku rasa kau dengan hati ::

Seringkali dengar ucapan si pujangga cinta...
Kata mereka " cinta yang datang dari pandangan mata seringkali berakhir dengan air mata, tetapi cinta yang datang dari hati In Shaa Allah sampai mati"

aku rasa kau dengan hati... kerana ingin cinta sampai mati...
aku xmelihat kau dengan mata... takot aku nanti terluka...

tetapi kau???

aku tidak minta disanjung tinggi lebih dari DIA..
kerna mana mungkin hamba seperti aku lebih gah dariNYA...

aku tidak minta perhatian tiap ketika...
kerna mana mungkin hidup akan terbina dengan hanya bertentang mata...

aku tidak minta harta semewah istana..
kerna aku xmahu lemas atas singgahsana...

cukuplah sayang...sekadar ingat aku dalam doa...
pertahankan kasih dan cinta..
moga kasih bertaut didunia
dan  hendaknya hingga syurga...

cukuplah sayang... ingat aku dalam doa...
agar bisa tenang kita bersama...
moga bahagia milik kita..
kerna lillahitaala aku benar cinta...

aku rasa kau dengan hati...
bila kau sulit aku juga sakit sekali..
kerna aku rasa kau dengan hati...
aku cuba selami apa yang tersembunyi...

kerana aku rasa kau dengan hati..
pesanku padamu jangan lupa diri..
jaga iman dan jaga hati..
agar terkesan lekuk syg di hati..

syg,,,saat kau hilang arah tidak tahu mana nak pergi..
dongak kelangit dan katakan pada diri...
DIA ada sentiasa memerhati...
dan aku akan sentiasa ada untuk mengubati..

In Shaa Allah

~kerana aku rasa kau dengan hati~

#muzaitulakma