aku

aku

Sunday 29 December 2013

@##$%&^&**>>>>.........

Monday 30/12/13

i dont know what to post..
but I know that my heart feel something painful..
fuhh

aku perempuan biasa2..
tiada sempurna malahan "S" untuk mengeja perkataan itu juga tiada..
aku punya hati.. bukan minta sangat untuk dijaga..
23tahun hidup.. banyak kali hati ini disakiti.. itu aku redha kerana kadang kala aku juga mungkin menyakiti tanpa menyedari...

bukan segunung penghargaan atau sanjungan setinggi gunung yang ku mahu...
 barang kemas tanda penghargaan itu juga bukan mahuku
aku ikhlas.. sumpah ku ikhlas.. 
xperlu ku ungkap apa yang ku korban..
tapi cukup kau tahu aku ikhlas...
mulutku kadang xselari dengan hati...
tp sumpah.. aku ikhlas Ya Allah..

dan kerana aku ikhlas,. aku biarkanlah lillahitaala ini dinilai oleh yang maha Kuasa Allah SWT
harian ku berdoa moga segalanya baik sahaja..
alhamdullillah semuanya berjalan lancar
aku tumpang rasa bahagia..

sayang..
jangan disoal betapa aku sayang...
demi Allah.. aku sangat sayang...
kerana kau keturunan darah daging seayah seibu...
bagaikan kembar.. itu kurasa..

perubahan ku rasa...
perubahan itu aku nampak..
tapi ku anggap itu cuma perasaan hati yang terkadang silap menilai..

cemburu???
nauzubillah..
langsung tiada..
untuk apa aku cemburu? kau bagaikan aku..
bahagiamu adalah anugerah bagiku.

***********************************************************

tapi sayangku..
aku juga manusia..
punya hati untuk yang terkadang sangat sensitif
ya.. mungkin aku salah kerana sangat sensitif..
tapi kau juga tahu aku sukar untuk sensitif selagi aku mampu menahan..

entahla..
aku sentap.. sentap dengan herdikan itu!!
sumpah ku sentap!
tiada ucapan terima kasih itu tidak mengapa.. 
tapi mengapa perlu ada herdikan itu?
sumpah aku sentap!
tapi xberdaya aku untk mengungkap 
kerana aku mmg begitu..
sukar menzahir dan lebih senang memendam

xmengapalah.. 
doaku moga kau baek2 sahaja..
biarkan aku...
lukaku bisa pulih sendiri mengikut masa..

xmengapa..
kau ku maafkan..
cuma aku masih sakit dan terkilan...
biarkan aku dengan hatiku..

Tahniah sayang..
moga bahagia itu milikmu hingga ke syurga
amin..





Wednesday 26 June 2013

Assalammualaikum...

hye my dear...

Entry kali ni Akma juz wantto share a story or an analog on
"Rumput & Kasih Sayang"

Ilham ini timbul setelah berbual dengan seorang kakak kat ofis ni..
Munirah.. ya... dat's her name :) hee

I asked her.. how and why she can make decision and decide to choose B to b in her life and heart..(B actually is the 1st letter to spell her bf name) hoho

Then.. she told a story on " Rumput and Kasih sayang" 
this is a good analog actually.. and due to that I would like to share it here.. hee

al-kisahnya begini....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana setiap yang hadir pada ari ni tidak akan muncul semula selepas ini.

p/s: Sesungguhnya orang yang bersyukur itu akan merasakan Indahnya rezeki Illahi :)

Thursday 20 June 2013

Pesan Pada Hati

Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan

HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati~

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan
Yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai~


Menghargai bila ada, kenang bila pergi.


Kita tak pernah memiliki, adakah pantas untuk kita merasa sedih apabila yang kita cintai telah pergi kepada yang lebih baik? Hatta jantung yang sedang berdegup dalam hati, ia tetap bukan milik kita..apatah lagi dia yang terpisah jasad, mahupun pada satu jarak yang sedikit..



Berbahagialah dengan y sedikit, daripada kita menjadi lupa pada pemberian Tuhan yang banyak.



Susurilah jalan yang penuh likuan,

kerana dihujungnya terletak kejayaan, 
atasilah setiap kehilangan,
kerana ia menambah kekuatan,
Jangan salahkan kegagalan,
Kerana ia memberi pengajaran,
Andai tersilap langkah,
kembalilah ke pangkal jalan,
Jangan dihiraukan sesalan,
Kerana Tuhan sedia mengampunkan,
Jika memperoleh kesenangan,
Ingatlah insan dalam kesusahan,
Andai belum mendapat kejayaan,
Jangan cepat berjalan pulang,
Kerana 
Itulah 
Asam garam kehidupan,......:)


Tuesday 18 June 2013

To guys out there!!!

Assalammualaikum...

hey.. hey..hey...
:)

Either guys or girls.. actually this dedicated to both of u..

Keep in your mind!!!



Y?? 
Y u shouldn't lie?
hohoho

Plz... trust me..
when u start lying.. u will lied for the rest of your life..

Pernah dengarkan org ckp.. apabila bermulanya satu penipuan maka beribu-ribu lemon penipuan akan menyusul.. huhu
SEBAB
satu penipuan akan ditutup dengan lebih banyak penipuan..~sad~

so,.. I want to ask u sumthing..
Y should u lie???

1) untuk jaga hati kawan2 or org tersyg ke?
2) adakah untuk menyebabkan anda kelihatan hebat dengan gebangan2 tersebut???
(hoho plz..)
3) !#@$$^*(^*%&#%^#*(

walau apa pun alasan u juz make things worst.. hoho
seriously...

especially in relationship...
-marriage
-couple (bf&gf)
- friends
-family..

don't u ever dare to lie...

byk cerita.. org menipu untuk mendapatkan cinta..
JANGAN! JANGAN! JANGAN!
anda akan menyebabkan si dia dan juga diri anda untuk menempah rasa kesakitan yang amat sangat.. hehehe
keep in mind guys..
"don't walk into someone life if u intend to hurt his/her"

y???
kerana ini adalah sangat TIDAK BAIK!!!

satu lagi cerita.. perkara biasa,,
JANJI!!
" DON'T PROMISE WHEN U CAN'T EVEN KEEP IT"
samaada dalam perkahwinan, persahabatan ataupun dalam hubungan kekeluargaan..
anda akan menyebabkan insan terluka dengan janji2 anda yang anda mgkin tidak mampu untuk menepatinya..

kenapa janji dijadikan isu Jgn tipu disini??
kerana kebanyakan orang akan mengaitkan janji yang tidak ditepati adalah MENIPU!!

so last but not least..
jangan.. jangan.. jangan.. la menipu dalam ap jua situasi n keadaann..

bye.. :)

notakaki : yup... the truth is hurt but its better than give some1 a hope that will hurt them for their entire life.. :)





Sunday 3 March 2013

Hakikat Hari Lahir =)

Assalammualaikum awak yang cantek.. yang handsome tuuu .. hahaha =)
Hye guys... its been quite a years I'm not update my blog.. huhu over kan???

hee actually bz sket dalam dua tiga minggu nih.. al-maklum lah.. kls baru start n kje pn agk byk maa.. =)

22 FEBUARI 2013

It's my 23rd birthday u guys.. =) hee

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi, coz still give me an opportunity to have a life on HIS temporary world..  
I'm still breathing.. keep growing healthy and shine.. 
and most important things I became more stronger and courageous.. 
emhh.. 23 tahun.. menjadikan aku seorang insan yg mampu berdiri dan berdikari di atas kaki sendiri.. hahaha, menjadikan aku insan lebih tahu menghargai dan menyayangi.. menjadikan aku seorang yg redha dan sedar akan diri hanya seorang hamba yang menumpang dan tidak dijadikan hanya untuk sia-sia... 
Alhamdulillah... aku dikurniakan ibubapa yang menyayangi dan bertanggungjawap, adik beradik yang cute and manja.. dan tidak lupa aku dikurniakan sahabat yang sentiasa ada disisi dan dekat dihati walaupun ada yang jauh dimata... alhamdulillah.. nikmat yang amat besar.. hee
Namun begitu, 23 tahun ini kuharapkan dapat menjadikan aku insan yang lebih matang dalam mengharungi hidup.. matang dalam membuat pertimbangan.. matang dalam setiap kelakuan.. matang dalam mendidik diri dan hati dan paling penting Istiqamah dalam usahaku untuk mendekati mu ya Allah.. .. In Shaa Allah..  <3

For those yang pernah hadir dalam hidup ini.. dan masih bersamaku mengharungi hidup ini... Thanx a lot.. u guys are such a wonderful  gift to me.. hehehe..

ok fine.. da la sket2 kn..
move to the main objective.. 
actually... while composing this entry.. I would like to share the true feeling in my heart,,
yeahh... everybody happy when celebrating their birthday.. n so am I...
I'm happy and I'm very happy actually.. eventhough there is no special celebrating party for me.. but I'm still happy coz I"ve got lots of wish, text and doa  from my fb friends, schoolmates, families, relatives and besties..mmuahhxx tq u ollss.. 
hahahaha wat  makes me laugh u know.. I got my birthday present two days early from somebody that I've never ever meet but I think that person admire me myb.. (hahaha perasan No 1 kn?).. hik2.. but its okey people got feeling and deserve to express it rite? and I'm also deserve to choose.. huhu =)
okey... STOP!!! xoxoxo

Sahabatku.. dan pembaca sekalian...
sedangku tersenyum membaca ucapan dan doa yang kalian kirimkan.. 
tiba-tiba terlintas di fikiran ini..
di saat kalian mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur...
emh.. hakikatnya umurku semakin pendek.. tertanyaku pada diri adakah ini ulangtahun ku yang terakhir...
Ya... Benar... tarikh, bila dan saat kematian mmg telah ditetapkan.. aku tahu.. dan kerana itu aku amat bersyukur kerana diberi peluang untuk terus membaiki diri.. untuk terus mengenal Illahi.. dan terus mencari hakiki..
umur yang semakin pendek.. nikmat yang pelbagai telah diberikan namun...
adakah aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang khalifah yang dijadikan Allah diatas muka bumi ini? adakah aku benar2 telah mengenal tuhanku? adakah aku telah bersedia untuk dijemput pulang sekiranya ini merupakan ulangtahun terakhirku.. 

Di saat memikirkan semua INI.. 
lantas tanganku tadahkan memohon kepada Illahi semoga ampunkan segala dosa.. jinakkan nafsuku yang meliar.. berikan kekuatan untuk terus mengharungi hidup.. berikan aku istiqamah untuk terus bermujahadah.. berikan aku hidayah agar segalanya tidak terhenti di pertengahan.. berikan aku kasih sayang untuk menyayangi dan mengahargai mereka yang hadir disisi.. ujilah aku senadainya itu membuatkan aku lebih dekat dgn-Nya..dan berikan kekuatan agar hatiku sentiasa terpelihara.. dan ku mohon agar DIA mengurniakan aku teman hidup sehidup semati yang dapat membuatkan aku lebih dekat denganNya..amin.. =)

hehehe.. myb some people will think that I'm thinking too much.. 
but what can I do guys.. 
Inilah HAKIKAT HARI LAHIR..  
dihujani ucapan semoga panjang umur..
namun..
hakikatnya umur semakin PENDEK!!!

believe it or not...
" orang yang berhak hidup dalam ketenangan adalah orang yang sentiasa bersedia mengharungi kematian.. "
so... 
xsalah.. dalam kegembiraan menyambut hari lahir.. selitkan sedikit peringatan dalam hati bahawasanya ada 
HAKIKAT HARI LAHIR
yang kita kadang-kala tidak suka dan tidak mahu untuk ingat..kerana takut hidup xtenang...kn?? hahahah so buang semua tuu dan sentiasalah memikirkan kematian kerana 
mengingati mati akan mengecilkan segala derita ,
akan mencairkan segala alpa dan leka.. =)

okey guys...
I think dats all for this entry... 
c u soon when I'm free to type again hee 
Last but not least, lets us start again eventhough that still remain only a moment BUT 
that will be more meaningful 
dari hidup beribu tahun tanpa redha dariNya.. ;)

nota kaki: / terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir dan memberikan hadiah..terima kasih kepada mereka yang menyayangi.. dan lebih terima kasih kepada mereka menyakiti kerana menjadikan diri ini lebih matang dan menghargai erti sebuah kehidupan...  maaf andai sepanjang 23tahun hidup ini ada menyakiti dan membebani sesiapa =)


Thanks to Suriani Bakori =) 
Thanks to Kak E =)

Thanks to Pak cik =)



Tuesday 12 February 2013

Orang baik mati awal???

Assalammualaikum wbt.. =) 
okey.. masih belum terlewat untuk saya ucapkan Gong Xi Fa Cai... to all chinese in Malaysia.. =)

Entry kali ni saya hanya ingin mengungkap persoalan yang sering kita dengar setiap kali menziarahi kematian.. ORANG BAIK SELALU PERGI DULU???

actually this question appeared and keep playing in my mind after I read 1 subtopic in DI MANA DIA DI HATIKU? by Pahrol Mohd Juoi...

kekadang kematian di rasakan seperti satu musim.. kematian ahli keluarga..sahabat handai dan kenalan datang silih berganti dan secara mengejut...yalah seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali.. "kematian adalah sesuatu yang paling hampir dengan kita". Ini bermakna umur, tua atau muda bukanlah ukuran untuk kematian menjengah... Jadi, sentiasa lah mempersiapkan diri menanti tibanya saat itu untuk kita bertemu dengan kekasih sejati di sana kelak... =) Biarlah kita menemuiNya dalam keadaan yang cantik dan penuh amal.. hee

Menurut penulis buku ini.. ada hadis mengatakan bahawa pada akhir zaman ilmu diangkat dengan kematian para ulama... 

 jadi adakah ini menjawap soalan bahawa orang baik mati cepat??? 

the answer is NO.. and MAYBE... kerana orang baik tidak semestinya hanya terdiri daripada "para ulama".. bukan ulama pun ada juga yang baik.. btol xxx???

sbnrnya, susah untuk kita tentukan samada seseorang itu baik atau jahat... kerana kita hanya manusia biasa.. 

Imam syafie meninggal pada usia 51 @ 52 tahun manakala Imam Nawawi meninggal dunia lebih muda daripada itu..  Bila membaca kenyataan ini sekali lagi soalan itu menjengah ADAKAH ORANG BAIK MATI AWAL???

 emh... actually, dear friends..

manusia sgt sukakan kebaikan berbanding kejahatan..DAN
orang yang baik dirasakan mati cepat kerana kita belum puas untuk menikmati kebaikan yg diberikan olehnya... berbanding dengan kejahatan sesaat pn dirasakan amat lama deritanya... mungkin ini merupakan jawapan mengapa kita sering merasakan bahawa orang baik mati cepat... =)

bercakap tentang kematian tiba2 terdetik di hati bilakah saat kematian akan datang menjemput diriku pula.. buat sahabat sekalian... Bila dan dimana itu bukanlah persoalannya... apa yang patot menjadi soalan adakah diri bersedia untuk dijemput bertemu dengan kekasih abadi kita di sana?? =)
peringatan buat diri dan semua... persiapkanlah diri menanti saat kematian yang sebenarnya amat hampir dengan kita...

okey,,, to be honest...semasa saya menulis entry ini... 
Saya terkenangkan arwah seorang sahabat.. yang juga merupakan bekas roomate and classmate yang baik...
NURHAZWANI BINTI OTHMAN... 
yang telah kembali ke rahmatullah bertemu kekasih abadi pada bulan syawal tahun lepas pada usia 23 tahun..
ya... mengapa orang baik mati awal??? itu adalah soalan pertama yang muncul di fikiran saat berita kematiannya saya ketahui... 
masih teringat saat mula2 berita kematiaannya saya ketahui.. 
apabila pada subuh tu saya mendapat msj mengatakan arwah telah tiada,,, dalam keadaan percaya dan tidak.. termenung saya sejenak... takut... sedih... terkejut.. bercampur dan akhirnya saya menghubungi telefon bimbit arwah untuk mendapat kepastian... baru beberapa hari kami bertemu ketika saya bertandang ke kampungnya bersama dua orang sahabat lain dan adik saya... tiba2 hari ini berita kematiannya yang saya dapat??? sapa xterkejut kn??
panggilan saya diangkat oleh sepupu arwah yang memberikan kepastian bahawa arwah benar2 telah pergi.. Al-fatihah saya panjatkan dan segera bersiap untuk menziarahi arwah di kampungnya di pokok sena, kedah ditemani oleh adik saya... masih ingat kejadian hari itu.. dan perasaan pada saat itu...
sehingga saat ini kebaikkan yang ditinggalkan oleh arwah masih bersisa... =)
hee :) kita sgt sukakan kebaikan.. 
agak terkilan kerana arwah tidak sempat untuk meraikan majlis konvokesyen bersama rakan2 yang lain... dan lebih terkilan saya rasakan apabila kami telah sama2 merancang untuk melanjutkan pelajaran masters kami bersama-sama namun apakan daya mungkin ajalnya sudah tiba...
'sesungguhnya kita hanya merancang tetapi ALLAh yang menentukan.. dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang" ;) 
 
okeylaa... sedih... xmo ckp pnjg,... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh,.. amin.. 
actually, i miss her..

P/s : Al- fatihah buat sahabatku.. NURHAZWANI BINTI OTHMAN =)
Kenangan sewaktu cuti-cuti ke terengganu last year


 
 
 
 

Thursday 7 February 2013

Kisah Lelaki & 4 org isteri =)

Assalammualaikum... =)
 Pagiku hari ini dimulakan dgn  Alhamdulillah ke hadrat Illahi.. 
Salam jumaat...

dear friends,, today I would like to share a story about 1 husband with 4 wives.. wow!!!!!!!!!
bukan semua lelaki berpeluang begini... huhu =)

Ini merupakan kisah seorang bussinessman... katanya sudah rezeki untuk beristeri empat maka terimalah... 
okey... kita mulakan dgn kisah dan penampilan isteri-isterinya ok.... :)

dimulakan dengan isteri yang tersayang. siapa lagi kalau bukan isteri keempat. isteri yg plg muda, plg bertenaga. isteri yang muda dan bertenaga ini adalah isteri yg plg dicintai. di saat lelaki ini keletihan isteri keempat lah yg akan menyelesaikan segala tugas yg melibatkan tenaga. di sudut hati kecil lelaki itu, beliau berasa bertuah kerana mempunyai isteri muda yg kuat dan bertenaga dan menjadi pujaan hatinya.

Isteri yg ketiga, adalah isteri yg plg cntik. wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yg melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis rasmi. Isteri ini adalah isteri yg sering dibawa untuk menemaninya ketika majlis-majlis rasmi dan majlis yg melibatkan urusan perniagaan. 

Isteri yang kedua juga hebat orangnya.. walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri keempat dan ketiga tetapi dia memiliki akal yg bijak. Dia bijak dalam menguruskan dan menyelesaikan setiap masalah yg dihadapi oleh suaminya. Ketika kebingungan dalam masalah isteri kedua lah yg akan dicari oleh lelaki ini...

Isteri pertama??? aduhai,,, bila mengingatinya si lelaki @ suami akan mengeluh.. emh... rupa tidak ada.. fikiran? di tahap biasa2.. tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Bagi si lelaki ini kehadiran isteri pertama bagaikan tiada... pergi x mengurang dtg x menambah.. dia mengibaratkan isterinya seperti melukut di tepi gantang.. nk ditinggalkan simpati... hmm... mujur si isteri tidak kisah walaupun jarang2 menemuinya... kata lelaki ini.. "bukan tidak kesian.. tetapi apa boleh buat... hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri TUA tidak ad SELERA!!"

hidup lelaki ini diulit keriangan dan ceria sehinggalah suatu hari badannya terasa lemah, pandangannya berpinar dan akhirnya, beliau jatuh terjelepok di atas lantai...
dengan segera dia dihantar ke hospital. kaki dan tangannya tidak dapat bergerak lagi... Ya Allah apakah sakitku? detik hati kecil lelaki itu..
Kemudian doktor pun dtg dan berkata perlahan " Maaf Tuan, saya terpaksa berterus terang. Tuan diserang barah ditahap yg terakhir. mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan mungkin tidak pnjg. paling lama dua bulan. Tapi, ajal maut ditangan ALLAH. banyakkan berdao mudah-mudahan akan termakbul. dari sudut perubatan hanya ubat penahan sakit yg mampu kami berikan."

Aduh... bagai disambar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selamanya?????

Oleh kerana itu, lelaki tadi telah memanggil kesemua isterinya... dia mulakan dengan  isteri keempat iaitu isteri yang paling dicintainya.  " sayang, sayang tahukan abg akan pergi buat selamanya tidak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang menemani abang di alam barzakh?" tanya lelaki itu sambil mengelus lembut tangan isteri yg plg dicintainya itu...
" Bang, soal mati jgn dibuat main.. abg pn tahukan saya muda lagi takkanlah abg nk sy mati sama? abg perlu faham situasi saya. kalau abg mati relakan sy untuk teruskan hidup dgn lelaki lain. mustahil abg sanggup biarkan sya yg muda ini untuk hidup menjanda".
terlepas tgn yg digenggam.. mata si isteri ditenung untuk mencari kepastian.. YA!! isteri ku mmg pasti. jika aku mati nnt dialah yg plg awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yg tidak teringin??(bisik hati kecil si lelaki)
kemudian, tibalah giliran isteri ketiga masuk menemui suaminya. lelaki itu tersenyum melihat wajah si isteri yg cantik, molek dan rupawan seperti biasa. hati lelaki itu merintih (Aduhai.. alangkah sukar untuk berpisah dgnnya nnt)

"Darling, abg akn pergi selamanya.." tanya si lelaki..
" Ya abg, sy sgt sedih bayangkan hidup tanpa abang disisi". jawap si isteri
" Darling, sudikah temani abg di alam barzakh nanti sbg bukti cinta kita?" duga si lelaki kepada isterinya.

" Bang, kita perlu rasional. Kecantikkan saya mmg untuk abg, tapi masa abg hidup saja. bila abg mati, saya perlu teruskan hidup. Selain harta yg abg wariskan, kecantikkan ini adalah aset saya untuk teruskan hidup yg masih panjang ini" jawap si isteri =)

Ah... kau juga serupa.. alangkah peritnya hati si lelaki yang beristeri empat ini memikirkan bahawa kecantikkan isteri ketiganya bakal ditatap org lain.

Namun, si lelaki masih punya harapan... YA... isteri kedua adalah harapan terakhir baginya...

bila tiba saat isteri kedua yg bijaksana tadi dipanggil untuk menemui suaminya lalu dia pun bertanya " Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"

"Ya sebab kaulah satu-satunya harapan abg yg masih tinggal"

" Saya akan membantu sedaya upaya untuk selesaikan semua masalah abang dengan lancar.."

"dengan lancar?"

" Ya, soal pembahagiaan harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. In Shaa Allah perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang plg mahal telah saya tempah. begitu juga dengan tanah perkuburan. imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah juga telah saya tentukan. abang jgn takut, semuanya dah selesai saya uruskan."

" Bukan itu maksud abg. itu bukan masalahnya. masalahnya abang takut untuk bersendirian di alam barzakh nanti. berilah jalan penyelesaian. sekian lama kau dapat selesaikan masalh abang. tolonglah abang macam biasa."

"apadia bang?"

" sudikah kau temani abang di alam kubur?"

isteri kedua lelaki itu terkejut.. lalu meluru keluar dari bilik sambil menutup mukanya dan menangis.
Harapanku hancur lebur. semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. terkapa- kapa hidup sendirian selepas mati. alangkah sepi dan ngerinya nanti.. ( bisik hati kecil si lelaki)

tiba-tiba... tuk! tuk! tuk!
 bunyi pintu diketuk.
" Assalammualaikum, abg" 
ahh... lelaki itu terlupa bahawa dia masih mempunyai seorang isteri iaitu isteri yang pertama. Isteri tua yg tidak disandarkan apa2 harapan, jauh sekali untuk membuat semangatnya disuntuk.. hee

"Waalaikummussalam" jawap lelaki itu hambar
disudut hati kecil lelaki itu berbicara bahawa dia tidak mengharap apa2 dan tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan. mustahil isteri yg sering ditinggal ini sudi untuk menemaniku..

" terima kasih kerana masih sudi untuk menemui saya" kata isteri tua sebaik selepas bersalaman. hambar dan tawar dirasakan oleh lelaki ini. tiada langsung rasa kasih terhadap isterinya yg sulung ini...

si isteri merenung wajah suaminya. matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut drpd cahaya pandangan walaupun usianya sudah lanjut.

Abang, saya sanggup menemani abang. kemana saja. di mana jua. saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersama. jika ditakdirkan saya sanggup temani abg di alam kubur!!"

Fuhhh... betapa leganya hati si lelaki.. rupa-rupanya isteri yg sering ditinggalkan itulah yang sudi untuk menemani dirinya. terharu rasa hati dengan keikhlasan hati isterinya. Ahhh.. ternyata dia isteri sejati,,, isteri hakiki... mengapa buta mataku selama ini... biarpun tiada rupa, tiada tenaga dan idea... (rintih hati kecil si lelaki) :(
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sandara dan saudarri sekalian, =)
siapakah lelaki ini??? Lelaki ini adalah kita yang punya 'empat' isteri..
isteri keempat ialah jasad dan tubuh. daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.. maka kita jaga, kita belai tubuh kita,, diberi makan dan ubat untuk hindari segala penyakit..

isteri ketiga adalah harta. siang dan malam kita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan harta. apabila wang bertambah kita beli aset, kereta mewah , rumah besar.. apabila berhadapan dengan tetamu yg datang kita bangga memperagakan segala aset di dalam rumah.

isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat2 kita. pada merekalah tempat kita meluahkan masalah.. hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

isteri pertama adalah amal ibadat kita yg sering kita pinggirkan. itulah yang sering dilupakan ... bila hendak menambah amal? nantilah esok masih ada.. bila hendak bertaubat, tunggu usia masih muda. segala kebaikan sama ada berbentuk hablumminallah dan hablumminannas sering tidak mendapat perhatian.. sama seperti isteri tua yang sering dipinggirkan..

namun suatu saat, akan terselah jua mana "isteri' yang benar-benar jujur dan setia.. cuba bayangkan,.,, betapa sepinya malam pertama di kubur sana tanpa "isteri" yang sudi mendakap kita?? =)

hee dats ol untuk entry kali ni... mgkin u guys akan dpt sedikit iktibar.. hee 
Asslammualaikum.. ;)

Wednesday 6 February 2013

Forgive is Awesome =)

Hye guys.. =)
hee... I'm free now.. my boss is not in the office.. so.. I wish I can share sumthing wif u... 
Actually, Im on my way to finish up one motivation book written by Pahrol Mohd Juoi... 
Dia penulis n pendakwah... so, entry kali ni.. juz nk share what i got from dat book...
Memaafkan..
memaafkan org lain bererti memaafkan diri sendiri... hidup ini terlalu singkat untuk membenci.. sucikanlah hati mencari ILLAHI.. ( pembuka kata untuk subtopik ni)
so, I think I juz need to summarize it on my own way...
dear friends... kita xkan pernah merasa bahagia selagi kita xbahagia melihat kebahagiaan insan lain...
BAHAGIA... is a subjective words for me... lain org lain pengertian n cara mereka intrepretasikan... (hehehe) tp apa yg pasti... membenci kebahagiaan org lain.. xkan pernah membuatkan dikau menemui bahagia sebuah kehidupan...
kebenciaan itu membunuh... 
seandainya kau pernah disakiti sekali oleh mereka, 
oleh dia.. atau 
oleh sesiapa dan apa sekali pun..
 jika kau tidak memaafkan maka kau akan terus disakiti untuk berkali-kali... 
so, pls dont kill ur self because of that hatred feeling =)
perasaan terindah akan hadir dlm diri ketika kau memaafkan mereka yg telah menyakitimu... =)
suci dan bersihkan hati kerana Illahi.. In Shaa Allah... segalanya akan pasti... 
dalam Al-Quran Surah Fussilat;34
" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
see...  bagaimana indahnya sebuah kemaafan... okeyy... betul... kdg kala sakit hati yg bersisa dalam jiwa menyebabkan kita sukar untuk memaafkan?? yeahh I know.. coz i've also experienced that... so, jika di saat maaf ingin diberi namun bisikan hati jahat mengingatkan kau akan kesakitan itu...
bisikan suara hati kecilmu.. siapakah kau untuk begitu sukar memaafkan??? KAU hny HAMBA...
sedangkan ALLAH SWT juga adalah pemaaf mengapa kita tidak... 
hee... so, untuk mengecap sebuah kebahagiaan dunia dan akhirat.. the 1st thing u should do is to FORGIVE... n push ur self to be happy wif somebody happiness =) 
 yeahh,,,, last but not least, jgn biarkan dirimu dibaluti kebenciaan dan jgn mudah menghukum org lain.. kerana kita hny seorang hamba yg berkongsi hidup di atas muka bumi Illahi menuju ke syurga nya In Shaa Allah... 
"sahabatku... Biarlah kita tersilap memaafkan daripada kita tersilap menghukum"
okeyy... i think enough unt entry kali ni.. heee Assalammualaikum... n have an awesome day without any hatred in ur heart... heee =)  c u soon... In Shaa Allah...



Tuesday 5 February 2013

Sabar itu penting =)

Life is too short to think about things that makes u upset n unhappy rite?? fuhhh... dat is y idecide dat sabar itu penting :)
 Perjalanan diatas muka bumi Illahi ini merupakan mujahadah iaitu jalan menuju ke syurga ( heehe menurut sumber buku yg br dibaca ) 
yeahhh.... sabar itu separuh daripada iman dan jalan mujahadah itu xselamanya sunyi daripada dugaan...
oleh sbb itu, kita harus sntsa bersabar and bersedia untuk menghadapi sgla mcm dugaan yg bakal datang... pelihara hati dan ubati duka n luka dgn perkataan indah " Ini Semua Dugaan Allah ke atas HambaNya yg dicintai" In Shaa Allah jika kita bersangka baik.. maka baiklah akan datang...
kerana apa... kerana hidup ini adalah pantulan... baik yang diberi maka baiklah yang diperolehi... bak kata penulis buku yg baru aku baca ni.. "tgn yg menghulur mawar pasti akan terlekatbaunya"...
:) Indahkan bahasanya.. 
seperkara lagi,, jika kita ditimpa musibah atau kejahatan yg ditinggalkan manusia... maka kita sedih,, menanggis dan merintih,,, btol kn???
jgn begitu... positifkan diri,, In Shaa Allah... semuanya akan baik2 saja ;) senyum lagiii...
Ingat bisikkn pada diri seperkara lagi..
"kejahatan yang membuatkan kita menangis adlh lebih baik drpd kebaikkan yg akan membuatkan kita riak" 
i think enough unt entry nih.,,, ad masa free lg kt ofis nnt i akan share lg.. what i got from my reading n my experience... 
:) assalammualaikum... hv a nice day ya.. 

Sunday 3 February 2013

ok im the beginners :)

assalammualaikum wbt...
okey... obviously... mmg sy agk ketinggalan myb... coz people out there starts blogging for the past few years but i... heee br nk start ni pn sbb sje suke2 bosan n rasa nk menaip... lol!!!

nothing much bout me..
juz im a 22 years old girl who will celebrate her 23 years old bufday on 22nd Feb 2013.. heee xlme da pn.. :)
im the eldest sister in my family n i've very wonderful, cheerful and happy family... since, im the eldest i've huge? big? responsibility...
im still studying for my masters and im a part time workers as research assistant at UPSI..
ok dats ol.. :) bye