aku

aku

Thursday 7 February 2013

Kisah Lelaki & 4 org isteri =)

Assalammualaikum... =)
 Pagiku hari ini dimulakan dgn  Alhamdulillah ke hadrat Illahi.. 
Salam jumaat...

dear friends,, today I would like to share a story about 1 husband with 4 wives.. wow!!!!!!!!!
bukan semua lelaki berpeluang begini... huhu =)

Ini merupakan kisah seorang bussinessman... katanya sudah rezeki untuk beristeri empat maka terimalah... 
okey... kita mulakan dgn kisah dan penampilan isteri-isterinya ok.... :)

dimulakan dengan isteri yang tersayang. siapa lagi kalau bukan isteri keempat. isteri yg plg muda, plg bertenaga. isteri yang muda dan bertenaga ini adalah isteri yg plg dicintai. di saat lelaki ini keletihan isteri keempat lah yg akan menyelesaikan segala tugas yg melibatkan tenaga. di sudut hati kecil lelaki itu, beliau berasa bertuah kerana mempunyai isteri muda yg kuat dan bertenaga dan menjadi pujaan hatinya.

Isteri yg ketiga, adalah isteri yg plg cntik. wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yg melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis rasmi. Isteri ini adalah isteri yg sering dibawa untuk menemaninya ketika majlis-majlis rasmi dan majlis yg melibatkan urusan perniagaan. 

Isteri yang kedua juga hebat orangnya.. walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri keempat dan ketiga tetapi dia memiliki akal yg bijak. Dia bijak dalam menguruskan dan menyelesaikan setiap masalah yg dihadapi oleh suaminya. Ketika kebingungan dalam masalah isteri kedua lah yg akan dicari oleh lelaki ini...

Isteri pertama??? aduhai,,, bila mengingatinya si lelaki @ suami akan mengeluh.. emh... rupa tidak ada.. fikiran? di tahap biasa2.. tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Bagi si lelaki ini kehadiran isteri pertama bagaikan tiada... pergi x mengurang dtg x menambah.. dia mengibaratkan isterinya seperti melukut di tepi gantang.. nk ditinggalkan simpati... hmm... mujur si isteri tidak kisah walaupun jarang2 menemuinya... kata lelaki ini.. "bukan tidak kesian.. tetapi apa boleh buat... hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri TUA tidak ad SELERA!!"

hidup lelaki ini diulit keriangan dan ceria sehinggalah suatu hari badannya terasa lemah, pandangannya berpinar dan akhirnya, beliau jatuh terjelepok di atas lantai...
dengan segera dia dihantar ke hospital. kaki dan tangannya tidak dapat bergerak lagi... Ya Allah apakah sakitku? detik hati kecil lelaki itu..
Kemudian doktor pun dtg dan berkata perlahan " Maaf Tuan, saya terpaksa berterus terang. Tuan diserang barah ditahap yg terakhir. mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan mungkin tidak pnjg. paling lama dua bulan. Tapi, ajal maut ditangan ALLAH. banyakkan berdao mudah-mudahan akan termakbul. dari sudut perubatan hanya ubat penahan sakit yg mampu kami berikan."

Aduh... bagai disambar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selamanya?????

Oleh kerana itu, lelaki tadi telah memanggil kesemua isterinya... dia mulakan dengan  isteri keempat iaitu isteri yang paling dicintainya.  " sayang, sayang tahukan abg akan pergi buat selamanya tidak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang menemani abang di alam barzakh?" tanya lelaki itu sambil mengelus lembut tangan isteri yg plg dicintainya itu...
" Bang, soal mati jgn dibuat main.. abg pn tahukan saya muda lagi takkanlah abg nk sy mati sama? abg perlu faham situasi saya. kalau abg mati relakan sy untuk teruskan hidup dgn lelaki lain. mustahil abg sanggup biarkan sya yg muda ini untuk hidup menjanda".
terlepas tgn yg digenggam.. mata si isteri ditenung untuk mencari kepastian.. YA!! isteri ku mmg pasti. jika aku mati nnt dialah yg plg awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yg tidak teringin??(bisik hati kecil si lelaki)
kemudian, tibalah giliran isteri ketiga masuk menemui suaminya. lelaki itu tersenyum melihat wajah si isteri yg cantik, molek dan rupawan seperti biasa. hati lelaki itu merintih (Aduhai.. alangkah sukar untuk berpisah dgnnya nnt)

"Darling, abg akn pergi selamanya.." tanya si lelaki..
" Ya abg, sy sgt sedih bayangkan hidup tanpa abang disisi". jawap si isteri
" Darling, sudikah temani abg di alam barzakh nanti sbg bukti cinta kita?" duga si lelaki kepada isterinya.

" Bang, kita perlu rasional. Kecantikkan saya mmg untuk abg, tapi masa abg hidup saja. bila abg mati, saya perlu teruskan hidup. Selain harta yg abg wariskan, kecantikkan ini adalah aset saya untuk teruskan hidup yg masih panjang ini" jawap si isteri =)

Ah... kau juga serupa.. alangkah peritnya hati si lelaki yang beristeri empat ini memikirkan bahawa kecantikkan isteri ketiganya bakal ditatap org lain.

Namun, si lelaki masih punya harapan... YA... isteri kedua adalah harapan terakhir baginya...

bila tiba saat isteri kedua yg bijaksana tadi dipanggil untuk menemui suaminya lalu dia pun bertanya " Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"

"Ya sebab kaulah satu-satunya harapan abg yg masih tinggal"

" Saya akan membantu sedaya upaya untuk selesaikan semua masalah abang dengan lancar.."

"dengan lancar?"

" Ya, soal pembahagiaan harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. In Shaa Allah perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang plg mahal telah saya tempah. begitu juga dengan tanah perkuburan. imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah juga telah saya tentukan. abang jgn takut, semuanya dah selesai saya uruskan."

" Bukan itu maksud abg. itu bukan masalahnya. masalahnya abang takut untuk bersendirian di alam barzakh nanti. berilah jalan penyelesaian. sekian lama kau dapat selesaikan masalh abang. tolonglah abang macam biasa."

"apadia bang?"

" sudikah kau temani abang di alam kubur?"

isteri kedua lelaki itu terkejut.. lalu meluru keluar dari bilik sambil menutup mukanya dan menangis.
Harapanku hancur lebur. semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. terkapa- kapa hidup sendirian selepas mati. alangkah sepi dan ngerinya nanti.. ( bisik hati kecil si lelaki)

tiba-tiba... tuk! tuk! tuk!
 bunyi pintu diketuk.
" Assalammualaikum, abg" 
ahh... lelaki itu terlupa bahawa dia masih mempunyai seorang isteri iaitu isteri yang pertama. Isteri tua yg tidak disandarkan apa2 harapan, jauh sekali untuk membuat semangatnya disuntuk.. hee

"Waalaikummussalam" jawap lelaki itu hambar
disudut hati kecil lelaki itu berbicara bahawa dia tidak mengharap apa2 dan tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan. mustahil isteri yg sering ditinggal ini sudi untuk menemaniku..

" terima kasih kerana masih sudi untuk menemui saya" kata isteri tua sebaik selepas bersalaman. hambar dan tawar dirasakan oleh lelaki ini. tiada langsung rasa kasih terhadap isterinya yg sulung ini...

si isteri merenung wajah suaminya. matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut drpd cahaya pandangan walaupun usianya sudah lanjut.

Abang, saya sanggup menemani abang. kemana saja. di mana jua. saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersama. jika ditakdirkan saya sanggup temani abg di alam kubur!!"

Fuhhh... betapa leganya hati si lelaki.. rupa-rupanya isteri yg sering ditinggalkan itulah yang sudi untuk menemani dirinya. terharu rasa hati dengan keikhlasan hati isterinya. Ahhh.. ternyata dia isteri sejati,,, isteri hakiki... mengapa buta mataku selama ini... biarpun tiada rupa, tiada tenaga dan idea... (rintih hati kecil si lelaki) :(
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sandara dan saudarri sekalian, =)
siapakah lelaki ini??? Lelaki ini adalah kita yang punya 'empat' isteri..
isteri keempat ialah jasad dan tubuh. daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga.. maka kita jaga, kita belai tubuh kita,, diberi makan dan ubat untuk hindari segala penyakit..

isteri ketiga adalah harta. siang dan malam kita sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan harta. apabila wang bertambah kita beli aset, kereta mewah , rumah besar.. apabila berhadapan dengan tetamu yg datang kita bangga memperagakan segala aset di dalam rumah.

isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat2 kita. pada merekalah tempat kita meluahkan masalah.. hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

isteri pertama adalah amal ibadat kita yg sering kita pinggirkan. itulah yang sering dilupakan ... bila hendak menambah amal? nantilah esok masih ada.. bila hendak bertaubat, tunggu usia masih muda. segala kebaikan sama ada berbentuk hablumminallah dan hablumminannas sering tidak mendapat perhatian.. sama seperti isteri tua yang sering dipinggirkan..

namun suatu saat, akan terselah jua mana "isteri' yang benar-benar jujur dan setia.. cuba bayangkan,.,, betapa sepinya malam pertama di kubur sana tanpa "isteri" yang sudi mendakap kita?? =)

hee dats ol untuk entry kali ni... mgkin u guys akan dpt sedikit iktibar.. hee 
Asslammualaikum.. ;)

No comments:

Post a Comment